Monday, December 10, 2012

Korea Kami Datang Part I

assalamualaikum

wahh! lama gila tak ber-blog. dah habuk habis habis *bersin. eh serious gua bersin ni. baru lepas lap lap sikit apa yang patut. banyakkk benda nak cerita ni. mih mih mih mih

lepas balik Korea dengan family dulu lagi dah ada rancangan nak update blog tapi macam biasa kekangan hidup sebagai pelajar menghalangnya. cewah btw, kali ni update sebab walaupun ni program U tapi pergi dengan member member hamboi feeling dia. tak terungkap weh. hahahahaha

semester lepas, gua & Kinah dah pernah hantar satu proposal ke International Office U pasal projek kitar sampah macamtu. dan malangnya tak lepas pun. & memang takde pun group yang pergi. pendek cerita, program tu dibatalkan untuk sem tu. awal sem dibuka, roomate gua cakap program tu dibuka semula & boleh hantar proposal. lepas dah touch-up balik proposal lama & due date hari Jumaat. tarikh berapa gua tak ingat. tetiba pagi Jumaat gua cakap dgn Kinah jom tukar project nak? kita buat Youth Exchange Programme to Seoul. Seiring dengan anggukan Kinah laju je tangan bergerak buat balik proposal. petang Jumaat dah kena submit pagi Jumaat kitorang baru nak buat proposal. Tuhan je boleh tahu perasaan kelamkabut  kitorang macamana.

beberapa minggu lepas tu, gua tak ingat siapa yang check group IO tu dulu tapi ada 6 group shortlisted untuk program Around The World 2012. yes, program ATW. program yang sama gua ikut sewaktu gua ke Cambodia 2010 yang lalu. & alhamdulillah group Youth Exchange Programme to Seoul di-shortlisted-kan. ya Allah serious sangat excited, happy, rasa-nak-menangis semua ada. Kinah apatah lagi. but then, tak boleh nak excited sangat. sebabbbb ada presentation. yes! presentation. masa tu takde siapa pun yang confirm pergi dengan kitorang. hanya gua, Kinah, Acap, Amin, Is. Lepas presentation masing masing memang berdebar habis tunggu results.

akhirnya dengar cerita 5 group sahaja diluluskan & group kitorang antara group itu. yeayy! alhamdulillah. tapi perjalanan untuk mendapatkan kelulusan amatlah payah. bukan benda senang. berapa kali gua & Kinah ulang alik IO, present lagi, itu ini tapi itu bukan penghalang untuk buat kitoang give up.

& lepas tu bermulalah pencarian ahli group kitorang. memang blur sangat taktahu nak cari siapa. orang yang gua cari semua tolak. gua pun takfaham kenapa. nak pergi Korea ni. kenapa tolak? tapi masing masing ada masalah dia sendiri, kan? and lastly dapat sudah groupmates baru. Gua, Kinah, Fizah, Bilah, Acap, Amin, Hashra, Ipin, Mus, Is. cukup 10 orang. lepas dah settle kan passport, travel insurance, contact number di Korea semua masing masing hanya menunggu saat 14hb November 2012.


plan program kitorang selama 8 hari. bermula dari 14hb-21hb November. pagi buta lagi gua dah suruh semua berkumpul kat LCCT. huahuahuahua. kejam gila gua. tapi itu bukan arahan gua. arahan mem besar kat rumah. beliau lebih pakar dalam hal ini. hehehe

Mus, Amin, Acap
tu je muka yang excited nak ambil gambar dgn pesawat. hambik hg! pesawat teruih. yang lain semua dah selamat dalam cabin. excited nak ke Korea lah katakan. hahahaha. flight pagi around 0800am. sampai Korea dalam 0500pm tak silap.


muka bangun-tidur-bangun-tidur 6 jam 

sesampai di terminal building masing masing dah excited nak jejak kaki ke luar. eh ke gua je excited? lepas beli ticket airport bus ke Itaewon masing masing dah keluar. excited asap keluar mulut ye? hihi

Amin & Acap

ni belum apa apa dah buat scandal

hebat sgt konon tak sejuk huahuahua
our destination : SP@Itaewon Guesthouse. dalam bus gua dah start cuak. macam macam benda dah bermain dalam fikiran gua. deposit takbayar lagi. dah start gelap dah. Incheon-Itaewon bukan dekat. sampai sampai confirm dah malam. macam mana kalau tetiba dia kata gua tak book pun. macamana kalau guesthouse dah penuh. kat mana budak budak ni nak tidur malam tu. dah la gua terlupa langsung nak bagitahu flight sampai petang. sampai Itaewon mesti dah malam. sumpah time tu memang dah macam mak nenek dah gua. semua andaian ada dalam kepala ha.

turun turun je bus yeah! Itaewon. lama tak jumpa. kita bertemu kembali. cewahh. tapi serious memang tu yang gua fikir. oh next, misi mencari guesthouse. disebabkan dia mmg dah siap bagi penunjuk arah ke guesthouse pencarian itu taklah sesusah yang di sangka. cuma yang menyebabkan gua terkejut beruk adalah ya Allah bukit dia sangat tinggi & boleh dikatakan curam. so everyday kitorang dah macam exercise turun naik bukit dah. tapi alhamdulillah sampai je dalam guesthouse diorang memang tunggu kitorang pun.


lepas letak beg je terus Nemanja suruh kitorang berkumpul kat Common Room. oh Nemanja ni lah yang uruskan guesthouse ni. gua tak sure dia owner ke tak & dia bukan Korean pun. cakap sgt la laju macam bullet train. rupanya tujuan suruh kitorang berkumpul kat situ sebab nak cerita pasal Itaewon and tempat tempat menarik kat Seoul. dia sangat friendly and cuteeeeeee

uri Nemanja







dengan tak puas rehat-rasa-nak-cabut-tudung terpaksa lagi dengar 'taklimat tak berbayar' ni. mula mula rasa macam haihh ponat eden nak dengar tapi sebenarnya bagus la Nemanja ni sebab rajin entertain guests cuma timing tu tak betul. 6jam dalam flight tambah 3jam sebelum naik flight tambah 3jam dari airport ke Itaewon total 12jam tahu. 12jam tudung tak berbukak dengan bau masing masing. hahaha tapi apa pun I love you Nemanja huahuahua

lepas habis taklimat boys semangat berkobar nak keluar. girls semua pemalas dah macam badak air. hahahaha. dah mula rasa nikmat dapat baring atas katil dengan comforter yang tebal gila

Nemanja very the excited makan karipap khas dibawa dari Malaysia
gua rasa ini pengakhiran untuk part 1. next part akan disambung di entry lain. nantikan tau! hahahaha

XOXO A (penangan Istanbul Aku Datang-Beto is mine huahuahuahua)

Thursday, January 19, 2012

Hoki-Panching

assalamualaikum

yo! inilah entry yang gua nak update tapi tak ter-update update ha. mih mih mih mihh. pemalas benau!

nak dijadikan cerita 20/11/2011 ada Inter Fac untuk Hoki. konon la semangat nak pergi ber-sorak ala ala cheerleaders gitu. booo! kalau kat UMP je boleh terima kan. sekali kat Stadium SUKPA sana ha. mula mula pagi tu ingat tak jadi lah nak ikut. tiba tiba member tanya nak pergi tengok tak? ehh pucuk dicita ulam mendatang kecik tapak tangan KLCC gua tadahkan. Hoki beb, Hoki! lelaki semua pulak. siapa taknak tengok kannn. mih mih mih mihh.

game start dalam pukul 8 ke 9 entah lebih kurang lah. tapi first game FKASA dalam pukul 9 lebih. mula mula gua ingat player *fuhh player macam hebat sangat bunyinya dah gerak dulu dengan kereta Hashra & Erie. so gua, Dayah, Mimi gerak lambat sikit dengan kereta Alif. ye lah kitorang bukan main pun. alih alih sampai depan KK3 tu semua pun ada kat situ. gerak sekali rupanya. hahaha


sampai sampai kat Stadium fuhh! bersinau biji mata gua. memang carwash habis mata gua. ehem! okay berbalik pada matlamat asal untuk menyokong team FKASA. haha.

team mana pagi nak match baru belajar main hoki ?

team mana pagi nak match baru nak practice pagi tu jugak ?

alamatnya ternganga lah tengok team lain main power. haha

eh tapi tapi mana ada team yang bawak cheerleaders datang sana. haa. FKASA je tau bawak. tu pun tak menang menang jugak. bahahahahaha! alah main for fun kann ;)





apapun tahniah kepada team yang menang. kepada team yang kalah *ehem sila cuba lagi tahun depan. hahaha. habis game perut masing masing mulalah keluarkan bunyi pelik pelik. ohh rupanya semua pun belum breakfast. patutlah kalah *opps!. kalau breakfast dulu mesti boleh menang ni. eh?


lepas lunch, dengan badan masing masing dah berbau, cuaca Kuantan yang panas, dengan tidak semena menanya siapa entah bagi idea pergi Air Terjun Panching. hah! gua yang memang sepanjang hidup di Gambang ni tak pernah menjejakkan kaki kat air terjun dengan gembiranya menyahut seruan itu. muahahahahahahaha!


siap menunaikan apa yang wajib, maka berangkatlah kami ke Air Terjun Panching. excited gua jangan cakap lahhh. budak budak ni memang dah berpuluh kali pergi sana. loser betul minah ni -.-"

Hashra, Erie, Kaer, Bone, Alif


muka -..- Bone

eh ada dua dugong Kuning lahh

model photoshoot tak berapa nak kurus


wahh! Dugonggg!


nampak tak Dugong Dugong Kayangan atas batu sana ?


Dayah & gua *ehem


okay. kesimpulannya, gua dah jejak Air Terjun Panching. anda bagaimana? mih mih mihhh. jealous much ? okay tak. sorry!

sekian till next entry, terima kasih :D

Tuesday, January 17, 2012

cuti cuti cuti!

assalamualaikum


yeay! its holiday again. bahagia betul dapat duduk rumah. qada' makan qada' tidur qada' mandi. opps! biasalah study week exam week hadap buku je. mih mih mih


start cuti dari 9hb Januari sebenarnya. tapi dah 17hb baru la ada hati nak update blog. bapak pemalasnya. lagi lagi bila tengok member member yang menggalakkan gua mem-blog dulu pun dah slow je mem-blog ni. hehehe


oh ada satu benda yang gua harus update di blog. padahal benda tu dulu sebelum study week lagi. mana lah sempat nak mengarang ngarang kan masa masa study week. tu kan minggu untuk berjimba jimba dahulu sebelum menjawab final exam kan? eh?


untuk pengetahuan semua, sekarang gua tersangatlah free. nak kerja memang tak mungkin lah dengan sifat kemalasan untuk bekerja dan tempoh bercuti yang teramatlah limited. ada ke patut bagi cuti sebulan je? penat berhempas pulas study gigih bangun pagi semua memerah otak selama 6 bulan alih alih bagi cutinya tak sampai sebulan. paling koman study 6 bulan cuti pun 6 bulan laaa -.-"


baiklah, sekian sahaja entry ini :D


*awkward ending. mih mih mih mihhh


Published with Blogger-droid v2.0.1

Saturday, December 17, 2011

Putrajaya yo !

assalamualaikum

banyak gila aktiviti bulan 11 gua. tak boleh duduk diam dalam UMP. haha. jadinyaa 24/11 yang lalu gua join rombongan cik Kiah okay teeett.. rombongan SRN (Sekretariat Rukun Negara) ke Putrajaya. yeay ! aktiviti pertama sebaik sampai di Putrajaya adalah err mesyuarat (?) sebenarnya gua penonton je. bukan Exco jadi gua pun tak faham sangat apa yang berlaku. tapi yang gua tau ada meeting dengan orang Jabatan Perpaduan Negara & Integrasi Nasional (JPNIN).

perempuan gedik excited !

program 5S. motif ?

amacam ? ada pro ?

penonton-takde-kerja

Dayah & Iylia

we are the jubah's girls !

sepohon kayu daunnya rimbun

konon sensored ! bajet kurus ni

dalam lif pun bolehhh

Pejabat Menteri

JPNIN

1 Malaysia (?)

fuyoo tak ?

selesai meeting aktiviti diteruskan dengan Bowling wehhh ! gua main bowling. tolonglah percaya. bahahahaha ! bertempat di Alamanda. disebabkan bas dah memang ada kat Alamanda alamatnya terpaksalah kitorang berjalan kaki sahaja ke sana. nasib baiklah tak jauh. fuhh !

sebelum

selepas

gua baru tau Alamanda ada tempat macamni

Iylia cantik :)

muka-pro-bowling



ini anak gua. haha
sebelum ber-bowling

selepas ber-bowling
tamat game tibalah masa untuk pulang semula ke Gambang. oh oh lupa nak cakap. group gua menang no 4 tau dari err berapa group eh ? 8 kot. haa kira terer la kannn. hahaha. gua tak sangka gua ada bakat main bowling. bahahahahaha ! ok memang sebak gila nak tinggalkan KL. apakan daya masa mencemburui kita.

oh sekian entry ini. mwehehe ! :)

Last Day of Wing To The Future 2011

assalamualaikum

sambungan entry Wing To The Future 2011 yang agak lama disebabkan Test & Assignments yang menggunung. ingatkan lepas habis Test 1 dah boleh relax sekali humakaih hambik kau. Test 2 pulak. damn ! oh berbalik kepada program WTF, hari last kitorang di Terengganu. jadinya aktiviti pagi adalah friendly match antara UMP & SMT Kuala Terengganu. dan seperti biasa lah kalau perempuan mesti bola jaring. kalau lelaki bola sepak. keputusan permainan gua taknak bagitahu lahh. yang lepas usah dikenang. haha
muka bangun pagi

the girls :)

see ! see ! badan gua boleh lentik haa

UMP vs. SMTKT


 sorry lah gambar bola sepak takde. busy menyorak nyorak bagai. muahahaha ! siap pack pack barang semua its time for Majlis Penutup yaww !

buat apa entah. gua lupa ! haha






 selepas sesi gambar ber gambar, haruslah singgah Pasar Payang dulu sebelum meneruskan perjalanan pulang ke UMP.












overall, program ni sumpah best ! oh setakat ini sahaja entry WTF2011. gua sudahi dengan alhamdulillah kerana akhirnya berjaya menyiapkan entry yang sepatutnya dah ada sebulan yang lalu. pfft

sekian, terima kasih :)