Sunday, February 20, 2011

entry paling bosan

assalamualaikum !

kalau wa nak cancel statement sini kira aci tak ? hehe ;)

camp ni seronok sehh. wa punya risau nak pergi sebab semua yang wa kenal semua member lelaki. takde sorang pun member perempuan wa pergi. wa dah bajet wa LOSER la sebab takde kawan kan. okay, overkan ?

ohh sebelum tu awal awal wa nak warning inform entry ni tiada gambar LANGSUNG ! ini kerana sepanjang pemergian wa ke sana wa tidak membawa sebarang alatan yag boleh menangkap menerima menghantar gambar. so, tiada lah gambar yang dapat ditangkap untuk ratapan tontonan anda semua. perasan la pulak ada orang nak tengok muka wa kan ! ;)

bertolak dari UMP Gambang jam 6.30 petang dengan taktau hala tuju mana entah. lebih kurang 30 minit kot sampai la akhirnya kita di Yusbika Camp, Paloh Hinai. bajet bajet konon hutan la. rupanya camp ni depan ada rumah pengetua sekolah, sekolah lagi, kuarters guru. kanan rumah orang. kiri hutan err tak tak semak samun. mungkin itu yang paling tepat <-- monolog dalaman :DD

ohh lupa. camp sebelah Sungai Pahang. tapi tapi tapi camp kali ni tiada aktiviti air sebab baru lepas banjir. so, banyak benda asing yang ada. wehh ! sebijik pulak ayat aku sama dengan staf koko cakap. hahaha

sampai ada taklimat sikit pasang khemah ice breaking terus ada persembahan. walao ! tu dia. wa group 5. ada AB, Shuhada, Syafiq, Basir, Najib, AVZ, Alex, Sia, Sebastian. oyeahhh ! nasib ingat lagi. haha. semua tak kenal.

sabtu pagi jungle trekking 9 jam. macam pusing satu Paloh Hinai pulak -.-"  . lepas lunch UKJK and kawad.   oh oh breakfast minum pagi lunch minum petang dinner minum malam semua disediakan. takpayah masak sendiri :DD

wa taknak comment lebih pasal UKJK. tapi kawad memang haruslah wa comment. haha. wa faham dah perasaan orang kawad kawad bagai ni. susah do ! tapi macam seronok pulak. haha. keling -.-"

malam lepas dinner persembahan lagi. ni lagi tahpape. plan lain masa perform jadik lain. spontan la konon. kesan last minute. jangan buat kerja last minute ya adik adik ! choii.

start 12.30 malam its war games bebeh ! group lelaki ada 4 company. perempuan 2 je sebab perempuan sikit. satu camp gelap. pakai lampu bulan je. auww ! bajet romantik pulak. paling tak tahan boleh pulak nyamuk nyamuk ni buat konsert kat telinga. semua bahasa dia nyanyi :D

aktiviti lepas war games ni la paling seronoknya. its udang galah's time yawww ! besar. bakar pulak. udang sampai 12 ekor. kitorang yang sangatlah the lucky ni ada la dalam 6 7 orang. macam wa dengan Lin je makan paling over. orang lain dah masuk tidur balik kitorang kat situ lagi makan lagi :DD. sedap memang tak terkata la !

ahad pagi pertandingan kawad ikut section. result : seri ! bagus betul. haha. first time seumur hidup wa kawad. hahahah. memang macam apa je. lastly, persembahan kebudayaan dari wakil setiap group. dikir barat yokk ! haha. ni lagi nak gelak guling. tapi agak enjoy la sebab salah step memang banyak, tetiba boleh pulak ada lirik tak complete. papehal, memang best ber-dikir barat sama mereka :D

after lunch, balik UMP. tidurrrrrrr

p/s : boring banyak kan entry ni. menyesal baca ye dok ? :)

2 comments:

  1. eleh atiyah poyo je risau takde member pompuan, sebenarnye kau seronok kan dikelilingi lelaki :-P

    ReplyDelete
  2. dibah memang la seronok. gatal gila statement ;) tapi tak seronok part tidur laa. takkan nak satu khemah dengan diorang. hahahahahahaha

    ReplyDelete