Wednesday, June 1, 2011

Survey Camp part 2

assalamualaikum


habis lima hari di site kini tiba masa yang ditunggu tunggu. hari di mana Cina cina bertungkus lumus menyiapkan AutoCAD, Melayu melayu sibuk berkaraoke -.-' 

maaf, bukan taknak buat tapi diorang buat lebih laju dan lebih tepat. kang kalau wa buat nanti ada pulak asyik tak puas hati je kan ? haha. jadi wa menghabiskan masa dengan lepak di Jetty. pagi Jetty tengahari Jetty petang Jetty malam Jetty. tak tahu kenapa wa suka sangat menghabiskan masa di Jetty. layan jiwang mungkin ? pfft

Jetty

hari ke-enam di mulakan dengan jogging (?). mula mula dengar kena jogging dari chalet sampai site 11. dari chalet nak ke site 1 pun wa dah fikir panjang. lagikan nak ke site 11. nak ke site 1 pun van terlebih sempat masuk gear 5. boleh bayang tak jauh tara mana -.-"  rupa nya khabar angin tetap khabar angin. jogging ke Jetty Kg. Baharu je pun. bukan Jetty Amir Chalet. takat Jetty Amir Chalet tak sempat nak ber-jogging dah sampai.

mula nak jogging hendaklah warm-up dulu

Mr Cowboy-leader warm-up

aktiviti jogging diteruskan walaupun banyak yang berjalan ambil angin dari jogging. tapi wa dengan semangat berkobar meninggalkan mereka mereka di belakang.

atlet atlet jogging -.-"

jogging pakai selipar

sampai di Jetty Kg. Baharu tak sah kalau tak berhenti ber-photoshoot dulu.

pagi di Jetty Kg. Baharu

Jetty








gaduh gaduh manja Janet and cik Badwi


pergi jog balik cycling

balik chalet lain pulak cerita. pergi Jetty wa orang pertama sampai balik jog wa orang last sampai chalet. sebab apa ? sebab








sampai chalet semua main Volleyball. wa yang tak reti main dah start rasa boring. tiba tiba member wa ajak main tingting. tak semena wa nampak penyapu pencakar kat tepi pokok tepi dewan. kira halal je lah eh pakcik Amir. wa pinjam nak lukis tingting.




sempat jugak main dua tingting sebelum semua penat. habis ber-tingting, tiba giliran galah panjang dan baling selipar. dah rasa macam perkampungan permainan tradisional pun ada. habis semua tak main Volleyball. semua pakat main galah panjang, baling selipar


galah panjang

baling selipar


nak main benda ni pun punyalah susah. semua confuse jugak awal awal macammana nak main benda ni. peraturan dia semua. ini pun lecturer yang terangkan macammana nak main. noob !

after lunch dah taktahu nak buat apa. tapi diorang ah taktahu. wa tahu je. dengan penuh semangat wa tarik member wa ke Jetty. hoyeahh ! Jetty lagi.

sambungan nanti wa sambung part 3 okeh :)


Sunday, May 29, 2011

picture of the week

assalamualaikum

cool kan Diana ? ;)

Surprise Jaylooooooo !

assalamualaikum

sewaktu wa menghabiskan hari hari terakhir di Lumut wa dikejutkan dengan satu mesej dari Diana Nordin

DN : Atiyah, selasa dpn nk buat sprise kat jlo. jom weh, g uia. pkul 4 camtu haa
AD : Okay boleh. jom !

ohh sebenarnya birthday Jaylo dah lepas tapi baru berkesempatan nak celebrate. btw, HAPPY BELATED BIRTHDAY JAYLOOOO ! 

hari Isnin wa mendapat panggilan dari Diana. disebabkan Jaylo habis class dalam pukul 11 pagi, plan ditukar. dalam jam 10 lebih wa sudah berada di Wangsa Maju untuk menjadi driver-tak-bertauliah Mimie. lepas Dar, Diana ambil cupcakes kat Jusco and pick up Maiya, kereta terus diluncurkan menuju ke arah UIA.

sampai sana Diana dah mula gelabah bising bising macammana nak buat surprise. Dar ditugaskan ambil Jaylo. nak turun bawah lah nak menyorok depan kereta lah belakang kereta lah. lepastu dah confuse diorang datang dari mana. takut menyorok depan kereta diorang datang dari depan. menyorok belakang kereta diorang datang dari belakang pulak. akhirnya semua decide menyorok je depan kereta lepas dah confirm dengan Dar dia datang dari belakang. 


lagi satu knflik berlaku bila tak reti nak bajet Dar berhenti kat mana. berlakulah pergolakan di mana mereka mereka ni bersemangat bangun sambil jerit SURPRISE !! tapi kereta Dar bergerak ke depan dan depan lagi lalu mengakibatkan Jaylo tak perasan kehadiran mereka mereka ini. lepas Jaylo keluar dari kereta mereka mereka ni boleh jerit SURPRISEEE ! lagi dan akhirnya baru disedari oleh si belated-birthday-girl. hahaha

SURPRISEEE !

the belated-birthday-girl <3

the cupcakes :)
plan diteruskan dengan karok di OU ! seperti biasa, rumah kedua NEWAY  sedia menunggu ketibaan.

rumah kedua

Neway best !

Jaylo !

Mimie

Miza and Mimie

tiga wajah ekspresi over

bila Diana dirasuk
Dar and Diana

makan no 1 karok no 2

penangan Hoot-SNSD

Maiya cun

habis karok lepak A&W. makan makan dan makan lagi walaupun baru habis mentekedarah buffet kat Neway.

muka bahagia Diana dan Dar

Happy Birthday Jaylo !

Maiya

Jaylo

Diana
Dar

overall, surprise ini menjadi :)


p/s : abaikan muka hitam-penangan-survey-camp.

Saturday, May 28, 2011

Survey Camp part 1

assalamualaikum

seperti yang dijanjikan memang wa nak update cerita cerita wa sepanjang ke-berada-an di Kg. Baharu, Lumut kan ? wa taktau berapa banyak part yang akan ada. nak cerita start dari mana pun wa dah confuse :D

aktiviti : Survey Camp sesi 1 2010/2011
tempat : Amir Chalet, Kg. Baharu, Lumut, Perak
tarikh : 13-22/5/2011




mula mula dapat tahu group memang sumpah wa taknak pergi. beria menangis nangis dekat lecturer nak tukar group. last last tak dapat pun. harap muka je ganas tapi menangis bagai nak rak. bak kata lecturer wa la. hampeh betul. haha

tiba hari keberangkatan memang berkobar bagai nak rak. excited membayangkan konon konon nak ber-cuti dengan member member. bayangkan satu section satu bas. so, yang pergi ada 5 bas termasuk budak BAA dan BAE. satu bas tak penuh pun. seorang boleh conquer dua seat. belum kira van van, lori, Hilux, boat UMP lagi. ohh baru tau FKASA UMP ada boat. nanti wa tunjuk boat tu :)

tara !

nak dijadikan cerita pagi hari Jumaat dengan beg camping yang paling gabak pernah wa sendatkan dengan dua bantal peluk wa gagahkan kaki bergerak ke arah bas yang terletak di depan lab FKASA.



teka mana satu bas wa

akhirnya tepat jam 8 pagi bergeraklah seangkatan Civilians ke Lumut. perjalanan yang mengambil masa 6 jam boleh jadi terlebih berjam jam. sebab apa ? berhenti breakfast lahh berhenti kencing lahh berhenti berak lahh. mentang mentang bukan bas ekspress. haha. kalau dah berhenti R&R semestinya semua pun ikut berhenti kan ?



akhirnya dalam pukul 3 petang, sampai sudah di Amir Chalet. benda pertama yang menyambut ketibaan adalah LALATSSSSSS ! -.-"

wa dapat bilik UTM 2. wa boleh dianggap beruntung dapat bilik ni. bilik wa 6 orang sahaja. bilik lain ada 18 orang ada 10 orang. ada jugak yang duduk dalam dorm. kenapa wa cakap beruntung ? sebab bilik wa ada kipas besar-yang-macam-selalu-kat-kenduri-kahwin tu. memandangkan cuaca Lumut yang panas ni kipas ni sangatlah berguna. ohh, bilik wa pun ada plug. bilik lain ada yang tiada plug. so, susah nak charge handphone or iron baju. see, bertuah kan bilik wa ? :D

 
UTM 2 bilik paling kanan :)
memandangkan site survey akan bermula hari Sabtu jadi Jumaat petang hanya dihabiskan dengan meng-explore kawasan chalet dan sekitar kampung.


tiba hari Sabtu bermulalah aktiviti Site Survey. hari pertama banyak persoalan bermain di minda. antaranya ' agaknya teammates aku boleh buat kerja tak ? ' , ' aku tak reti baca theodolite. jangan teammates aku semua tak reti baca jugak sudah ' dan macam macam lagi soalan berputar. tapi persoalan utama bermain di minda semua orang mesti ' harap harap teammates wa tak de semangat bossy terlampau ' ;) ;)


memandangkan wa group 7 so, wa dapat site 7 -.-' . setiap pagi setiap group dihantar ke site masing masing dengan van. sampai sahaja group wa ke site 7 terus disambut dengan salakan ' Selamat Datang ' dari anjing anjing sekitar. terasa diri ini amat bertuah disambut dengan penuh meriah sebegini T.T

site wa
hari pertama hingga hari kelima rutin harian wa tetap sama. pagi bekerja di site petang balik. so, enjoice these pictures guys :)

wa bajet bajet comel T.T

levelling

edit data levelling

baby reflector ;)

set up theodolite

detailing

model pole

encik Kaer

THE END

teammates wa *tiada dalam gambar-Fifi
teammates wa lengkap punyaaa

akhirnya cukup lima hari wa berada di site. hari ke-enam dan seterusnya akan wa sambung di next entry. entry ni pun dikarang lebih kurang seminggu. hahaha

sekian :)