wahh! lama gila tak ber-blog. dah habuk habis habis *bersin. eh serious gua bersin ni. baru lepas lap lap sikit apa yang patut. banyakkk benda nak cerita ni. mih mih mih mih
lepas balik Korea dengan family dulu lagi dah ada rancangan nak update blog tapi macam biasa kekangan hidup sebagai pelajar menghalangnya. cewah btw, kali ni update sebab walaupun ni program U tapi pergi dengan member member hamboi feeling dia. tak terungkap weh. hahahahaha
semester lepas, gua & Kinah dah pernah hantar satu proposal ke International Office U pasal projek kitar sampah macamtu. dan malangnya tak lepas pun. & memang takde pun group yang pergi. pendek cerita, program tu dibatalkan untuk sem tu. awal sem dibuka, roomate gua cakap program tu dibuka semula & boleh hantar proposal. lepas dah touch-up balik proposal lama & due date hari Jumaat. tarikh berapa gua tak ingat. tetiba pagi Jumaat gua cakap dgn Kinah jom tukar project nak? kita buat Youth Exchange Programme to Seoul. Seiring dengan anggukan Kinah laju je tangan bergerak buat balik proposal. petang Jumaat dah kena submit pagi Jumaat kitorang baru nak buat proposal. Tuhan je boleh tahu perasaan kelamkabut kitorang macamana.
beberapa minggu lepas tu, gua tak ingat siapa yang check group IO tu dulu tapi ada 6 group shortlisted untuk program Around The World 2012. yes, program ATW. program yang sama gua ikut sewaktu gua ke Cambodia 2010 yang lalu. & alhamdulillah group Youth Exchange Programme to Seoul di-shortlisted-kan. ya Allah serious sangat excited, happy, rasa-nak-menangis semua ada. Kinah apatah lagi. but then, tak boleh nak excited sangat. sebabbbb ada presentation. yes! presentation. masa tu takde siapa pun yang confirm pergi dengan kitorang. hanya gua, Kinah, Acap, Amin, Is. Lepas presentation masing masing memang berdebar habis tunggu results.
akhirnya dengar cerita 5 group sahaja diluluskan & group kitorang antara group itu. yeayy! alhamdulillah. tapi perjalanan untuk mendapatkan kelulusan amatlah payah. bukan benda senang. berapa kali gua & Kinah ulang alik IO, present lagi, itu ini tapi itu bukan penghalang untuk buat kitoang give up.
& lepas tu bermulalah pencarian ahli group kitorang. memang blur sangat taktahu nak cari siapa. orang yang gua cari semua tolak. gua pun takfaham kenapa. nak pergi Korea ni. kenapa tolak? tapi masing masing ada masalah dia sendiri, kan? and lastly dapat sudah groupmates baru. Gua, Kinah, Fizah, Bilah, Acap, Amin, Hashra, Ipin, Mus, Is. cukup 10 orang. lepas dah settle kan passport, travel insurance, contact number di Korea semua masing masing hanya menunggu saat 14hb November 2012.
plan program kitorang selama 8 hari. bermula dari 14hb-21hb November. pagi buta lagi gua dah suruh semua berkumpul kat LCCT. huahuahuahua. kejam gila gua. tapi itu bukan arahan gua. arahan mem besar kat rumah. beliau lebih pakar dalam hal ini. hehehe
Mus, Amin, Acap |
muka bangun-tidur-bangun-tidur 6 jam |
sesampai di terminal building masing masing dah excited nak jejak kaki ke luar. eh ke gua je excited? lepas beli ticket airport bus ke Itaewon masing masing dah keluar. excited asap keluar mulut ye? hihi
Amin & Acap |
ni belum apa apa dah buat scandal |
hebat sgt konon tak sejuk huahuahua |
turun turun je bus yeah! Itaewon. lama tak jumpa. kita bertemu kembali. cewahh. tapi serious memang tu yang gua fikir. oh next, misi mencari guesthouse. disebabkan dia mmg dah siap bagi penunjuk arah ke guesthouse pencarian itu taklah sesusah yang di sangka. cuma yang menyebabkan gua terkejut beruk adalah ya Allah bukit dia sangat tinggi & boleh dikatakan curam. so everyday kitorang dah macam exercise turun naik bukit dah. tapi alhamdulillah sampai je dalam guesthouse diorang memang tunggu kitorang pun.
lepas letak beg je terus Nemanja suruh kitorang berkumpul kat Common Room. oh Nemanja ni lah yang uruskan guesthouse ni. gua tak sure dia owner ke tak & dia bukan Korean pun. cakap sgt la laju macam bullet train. rupanya tujuan suruh kitorang berkumpul kat situ sebab nak cerita pasal Itaewon and tempat tempat menarik kat Seoul. dia sangat friendly and cuteeeeeee
uri Nemanja |
dengan tak puas rehat-rasa-nak-cabut-tudung terpaksa lagi dengar 'taklimat tak berbayar' ni. mula mula rasa macam haihh ponat eden nak dengar tapi sebenarnya bagus la Nemanja ni sebab rajin entertain guests cuma timing tu tak betul. 6jam dalam flight tambah 3jam sebelum naik flight tambah 3jam dari airport ke Itaewon total 12jam tahu. 12jam tudung tak berbukak dengan bau masing masing. hahaha tapi apa pun I love you Nemanja huahuahua
lepas habis taklimat boys semangat berkobar nak keluar. girls semua pemalas dah macam badak air. hahahaha. dah mula rasa nikmat dapat baring atas katil dengan comforter yang tebal gila
Nemanja very the excited makan karipap khas dibawa dari Malaysia |
XOXO A (penangan Istanbul Aku Datang-Beto is mine huahuahuahua)
No comments:
Post a Comment