Showing posts with label cuti cuti cinta. Show all posts
Showing posts with label cuti cuti cinta. Show all posts

Monday, December 10, 2012

Korea Kami Datang Part I

assalamualaikum

wahh! lama gila tak ber-blog. dah habuk habis habis *bersin. eh serious gua bersin ni. baru lepas lap lap sikit apa yang patut. banyakkk benda nak cerita ni. mih mih mih mih

lepas balik Korea dengan family dulu lagi dah ada rancangan nak update blog tapi macam biasa kekangan hidup sebagai pelajar menghalangnya. cewah btw, kali ni update sebab walaupun ni program U tapi pergi dengan member member hamboi feeling dia. tak terungkap weh. hahahahaha

semester lepas, gua & Kinah dah pernah hantar satu proposal ke International Office U pasal projek kitar sampah macamtu. dan malangnya tak lepas pun. & memang takde pun group yang pergi. pendek cerita, program tu dibatalkan untuk sem tu. awal sem dibuka, roomate gua cakap program tu dibuka semula & boleh hantar proposal. lepas dah touch-up balik proposal lama & due date hari Jumaat. tarikh berapa gua tak ingat. tetiba pagi Jumaat gua cakap dgn Kinah jom tukar project nak? kita buat Youth Exchange Programme to Seoul. Seiring dengan anggukan Kinah laju je tangan bergerak buat balik proposal. petang Jumaat dah kena submit pagi Jumaat kitorang baru nak buat proposal. Tuhan je boleh tahu perasaan kelamkabut  kitorang macamana.

beberapa minggu lepas tu, gua tak ingat siapa yang check group IO tu dulu tapi ada 6 group shortlisted untuk program Around The World 2012. yes, program ATW. program yang sama gua ikut sewaktu gua ke Cambodia 2010 yang lalu. & alhamdulillah group Youth Exchange Programme to Seoul di-shortlisted-kan. ya Allah serious sangat excited, happy, rasa-nak-menangis semua ada. Kinah apatah lagi. but then, tak boleh nak excited sangat. sebabbbb ada presentation. yes! presentation. masa tu takde siapa pun yang confirm pergi dengan kitorang. hanya gua, Kinah, Acap, Amin, Is. Lepas presentation masing masing memang berdebar habis tunggu results.

akhirnya dengar cerita 5 group sahaja diluluskan & group kitorang antara group itu. yeayy! alhamdulillah. tapi perjalanan untuk mendapatkan kelulusan amatlah payah. bukan benda senang. berapa kali gua & Kinah ulang alik IO, present lagi, itu ini tapi itu bukan penghalang untuk buat kitoang give up.

& lepas tu bermulalah pencarian ahli group kitorang. memang blur sangat taktahu nak cari siapa. orang yang gua cari semua tolak. gua pun takfaham kenapa. nak pergi Korea ni. kenapa tolak? tapi masing masing ada masalah dia sendiri, kan? and lastly dapat sudah groupmates baru. Gua, Kinah, Fizah, Bilah, Acap, Amin, Hashra, Ipin, Mus, Is. cukup 10 orang. lepas dah settle kan passport, travel insurance, contact number di Korea semua masing masing hanya menunggu saat 14hb November 2012.


plan program kitorang selama 8 hari. bermula dari 14hb-21hb November. pagi buta lagi gua dah suruh semua berkumpul kat LCCT. huahuahuahua. kejam gila gua. tapi itu bukan arahan gua. arahan mem besar kat rumah. beliau lebih pakar dalam hal ini. hehehe

Mus, Amin, Acap
tu je muka yang excited nak ambil gambar dgn pesawat. hambik hg! pesawat teruih. yang lain semua dah selamat dalam cabin. excited nak ke Korea lah katakan. hahahaha. flight pagi around 0800am. sampai Korea dalam 0500pm tak silap.


muka bangun-tidur-bangun-tidur 6 jam 

sesampai di terminal building masing masing dah excited nak jejak kaki ke luar. eh ke gua je excited? lepas beli ticket airport bus ke Itaewon masing masing dah keluar. excited asap keluar mulut ye? hihi

Amin & Acap

ni belum apa apa dah buat scandal

hebat sgt konon tak sejuk huahuahua
our destination : SP@Itaewon Guesthouse. dalam bus gua dah start cuak. macam macam benda dah bermain dalam fikiran gua. deposit takbayar lagi. dah start gelap dah. Incheon-Itaewon bukan dekat. sampai sampai confirm dah malam. macam mana kalau tetiba dia kata gua tak book pun. macamana kalau guesthouse dah penuh. kat mana budak budak ni nak tidur malam tu. dah la gua terlupa langsung nak bagitahu flight sampai petang. sampai Itaewon mesti dah malam. sumpah time tu memang dah macam mak nenek dah gua. semua andaian ada dalam kepala ha.

turun turun je bus yeah! Itaewon. lama tak jumpa. kita bertemu kembali. cewahh. tapi serious memang tu yang gua fikir. oh next, misi mencari guesthouse. disebabkan dia mmg dah siap bagi penunjuk arah ke guesthouse pencarian itu taklah sesusah yang di sangka. cuma yang menyebabkan gua terkejut beruk adalah ya Allah bukit dia sangat tinggi & boleh dikatakan curam. so everyday kitorang dah macam exercise turun naik bukit dah. tapi alhamdulillah sampai je dalam guesthouse diorang memang tunggu kitorang pun.


lepas letak beg je terus Nemanja suruh kitorang berkumpul kat Common Room. oh Nemanja ni lah yang uruskan guesthouse ni. gua tak sure dia owner ke tak & dia bukan Korean pun. cakap sgt la laju macam bullet train. rupanya tujuan suruh kitorang berkumpul kat situ sebab nak cerita pasal Itaewon and tempat tempat menarik kat Seoul. dia sangat friendly and cuteeeeeee

uri Nemanja







dengan tak puas rehat-rasa-nak-cabut-tudung terpaksa lagi dengar 'taklimat tak berbayar' ni. mula mula rasa macam haihh ponat eden nak dengar tapi sebenarnya bagus la Nemanja ni sebab rajin entertain guests cuma timing tu tak betul. 6jam dalam flight tambah 3jam sebelum naik flight tambah 3jam dari airport ke Itaewon total 12jam tahu. 12jam tudung tak berbukak dengan bau masing masing. hahaha tapi apa pun I love you Nemanja huahuahua

lepas habis taklimat boys semangat berkobar nak keluar. girls semua pemalas dah macam badak air. hahahaha. dah mula rasa nikmat dapat baring atas katil dengan comforter yang tebal gila

Nemanja very the excited makan karipap khas dibawa dari Malaysia
gua rasa ini pengakhiran untuk part 1. next part akan disambung di entry lain. nantikan tau! hahahaha

XOXO A (penangan Istanbul Aku Datang-Beto is mine huahuahuahua)

Wednesday, June 1, 2011

Survey Camp part 2

assalamualaikum


habis lima hari di site kini tiba masa yang ditunggu tunggu. hari di mana Cina cina bertungkus lumus menyiapkan AutoCAD, Melayu melayu sibuk berkaraoke -.-' 

maaf, bukan taknak buat tapi diorang buat lebih laju dan lebih tepat. kang kalau wa buat nanti ada pulak asyik tak puas hati je kan ? haha. jadi wa menghabiskan masa dengan lepak di Jetty. pagi Jetty tengahari Jetty petang Jetty malam Jetty. tak tahu kenapa wa suka sangat menghabiskan masa di Jetty. layan jiwang mungkin ? pfft

Jetty

hari ke-enam di mulakan dengan jogging (?). mula mula dengar kena jogging dari chalet sampai site 11. dari chalet nak ke site 1 pun wa dah fikir panjang. lagikan nak ke site 11. nak ke site 1 pun van terlebih sempat masuk gear 5. boleh bayang tak jauh tara mana -.-"  rupa nya khabar angin tetap khabar angin. jogging ke Jetty Kg. Baharu je pun. bukan Jetty Amir Chalet. takat Jetty Amir Chalet tak sempat nak ber-jogging dah sampai.

mula nak jogging hendaklah warm-up dulu

Mr Cowboy-leader warm-up

aktiviti jogging diteruskan walaupun banyak yang berjalan ambil angin dari jogging. tapi wa dengan semangat berkobar meninggalkan mereka mereka di belakang.

atlet atlet jogging -.-"

jogging pakai selipar

sampai di Jetty Kg. Baharu tak sah kalau tak berhenti ber-photoshoot dulu.

pagi di Jetty Kg. Baharu

Jetty








gaduh gaduh manja Janet and cik Badwi


pergi jog balik cycling

balik chalet lain pulak cerita. pergi Jetty wa orang pertama sampai balik jog wa orang last sampai chalet. sebab apa ? sebab








sampai chalet semua main Volleyball. wa yang tak reti main dah start rasa boring. tiba tiba member wa ajak main tingting. tak semena wa nampak penyapu pencakar kat tepi pokok tepi dewan. kira halal je lah eh pakcik Amir. wa pinjam nak lukis tingting.




sempat jugak main dua tingting sebelum semua penat. habis ber-tingting, tiba giliran galah panjang dan baling selipar. dah rasa macam perkampungan permainan tradisional pun ada. habis semua tak main Volleyball. semua pakat main galah panjang, baling selipar


galah panjang

baling selipar


nak main benda ni pun punyalah susah. semua confuse jugak awal awal macammana nak main benda ni. peraturan dia semua. ini pun lecturer yang terangkan macammana nak main. noob !

after lunch dah taktahu nak buat apa. tapi diorang ah taktahu. wa tahu je. dengan penuh semangat wa tarik member wa ke Jetty. hoyeahh ! Jetty lagi.

sambungan nanti wa sambung part 3 okeh :)


Saturday, May 28, 2011

Survey Camp part 1

assalamualaikum

seperti yang dijanjikan memang wa nak update cerita cerita wa sepanjang ke-berada-an di Kg. Baharu, Lumut kan ? wa taktau berapa banyak part yang akan ada. nak cerita start dari mana pun wa dah confuse :D

aktiviti : Survey Camp sesi 1 2010/2011
tempat : Amir Chalet, Kg. Baharu, Lumut, Perak
tarikh : 13-22/5/2011




mula mula dapat tahu group memang sumpah wa taknak pergi. beria menangis nangis dekat lecturer nak tukar group. last last tak dapat pun. harap muka je ganas tapi menangis bagai nak rak. bak kata lecturer wa la. hampeh betul. haha

tiba hari keberangkatan memang berkobar bagai nak rak. excited membayangkan konon konon nak ber-cuti dengan member member. bayangkan satu section satu bas. so, yang pergi ada 5 bas termasuk budak BAA dan BAE. satu bas tak penuh pun. seorang boleh conquer dua seat. belum kira van van, lori, Hilux, boat UMP lagi. ohh baru tau FKASA UMP ada boat. nanti wa tunjuk boat tu :)

tara !

nak dijadikan cerita pagi hari Jumaat dengan beg camping yang paling gabak pernah wa sendatkan dengan dua bantal peluk wa gagahkan kaki bergerak ke arah bas yang terletak di depan lab FKASA.



teka mana satu bas wa

akhirnya tepat jam 8 pagi bergeraklah seangkatan Civilians ke Lumut. perjalanan yang mengambil masa 6 jam boleh jadi terlebih berjam jam. sebab apa ? berhenti breakfast lahh berhenti kencing lahh berhenti berak lahh. mentang mentang bukan bas ekspress. haha. kalau dah berhenti R&R semestinya semua pun ikut berhenti kan ?



akhirnya dalam pukul 3 petang, sampai sudah di Amir Chalet. benda pertama yang menyambut ketibaan adalah LALATSSSSSS ! -.-"

wa dapat bilik UTM 2. wa boleh dianggap beruntung dapat bilik ni. bilik wa 6 orang sahaja. bilik lain ada 18 orang ada 10 orang. ada jugak yang duduk dalam dorm. kenapa wa cakap beruntung ? sebab bilik wa ada kipas besar-yang-macam-selalu-kat-kenduri-kahwin tu. memandangkan cuaca Lumut yang panas ni kipas ni sangatlah berguna. ohh, bilik wa pun ada plug. bilik lain ada yang tiada plug. so, susah nak charge handphone or iron baju. see, bertuah kan bilik wa ? :D

 
UTM 2 bilik paling kanan :)
memandangkan site survey akan bermula hari Sabtu jadi Jumaat petang hanya dihabiskan dengan meng-explore kawasan chalet dan sekitar kampung.


tiba hari Sabtu bermulalah aktiviti Site Survey. hari pertama banyak persoalan bermain di minda. antaranya ' agaknya teammates aku boleh buat kerja tak ? ' , ' aku tak reti baca theodolite. jangan teammates aku semua tak reti baca jugak sudah ' dan macam macam lagi soalan berputar. tapi persoalan utama bermain di minda semua orang mesti ' harap harap teammates wa tak de semangat bossy terlampau ' ;) ;)


memandangkan wa group 7 so, wa dapat site 7 -.-' . setiap pagi setiap group dihantar ke site masing masing dengan van. sampai sahaja group wa ke site 7 terus disambut dengan salakan ' Selamat Datang ' dari anjing anjing sekitar. terasa diri ini amat bertuah disambut dengan penuh meriah sebegini T.T

site wa
hari pertama hingga hari kelima rutin harian wa tetap sama. pagi bekerja di site petang balik. so, enjoice these pictures guys :)

wa bajet bajet comel T.T

levelling

edit data levelling

baby reflector ;)

set up theodolite

detailing

model pole

encik Kaer

THE END

teammates wa *tiada dalam gambar-Fifi
teammates wa lengkap punyaaa

akhirnya cukup lima hari wa berada di site. hari ke-enam dan seterusnya akan wa sambung di next entry. entry ni pun dikarang lebih kurang seminggu. hahaha

sekian :)