assalamualaikum
seperti yang dijanjikan memang wa nak update cerita cerita wa sepanjang ke-berada-an di Kg. Baharu, Lumut kan ? wa taktau berapa banyak part yang akan ada. nak cerita start dari mana pun wa dah confuse :D
aktiviti : Survey Camp sesi 1 2010/2011
tempat : Amir Chalet, Kg. Baharu, Lumut, Perak
tarikh : 13-22/5/2011
mula mula dapat tahu group memang sumpah wa taknak pergi. beria menangis nangis dekat lecturer nak tukar group. last last tak dapat pun. harap muka je ganas tapi menangis bagai nak rak. bak kata lecturer wa la. hampeh betul. haha
tiba hari keberangkatan memang berkobar bagai nak rak. excited membayangkan konon konon nak ber-cuti dengan member member. bayangkan satu section satu bas. so, yang pergi ada 5 bas termasuk budak BAA dan BAE. satu bas tak penuh pun. seorang boleh conquer dua seat. belum kira van van, lori, Hilux, boat UMP lagi. ohh baru tau FKASA UMP ada boat. nanti wa tunjuk boat tu :)
|
tara ! |
nak dijadikan cerita pagi hari Jumaat dengan beg camping yang paling gabak pernah wa sendatkan dengan dua bantal peluk wa gagahkan kaki bergerak ke arah bas yang terletak di depan lab FKASA.
|
teka mana satu bas wa |
akhirnya tepat jam 8 pagi bergeraklah seangkatan Civilians ke Lumut. perjalanan yang mengambil masa 6 jam boleh jadi terlebih berjam jam. sebab apa ? berhenti breakfast lahh berhenti kencing lahh berhenti berak lahh. mentang mentang bukan bas ekspress. haha. kalau dah berhenti R&R semestinya semua pun ikut berhenti kan ?
akhirnya dalam pukul 3 petang, sampai sudah di Amir Chalet. benda pertama yang menyambut ketibaan adalah LALATSSSSSS ! -.-"
wa dapat bilik UTM 2. wa boleh dianggap beruntung dapat bilik ni. bilik wa 6 orang sahaja. bilik lain ada 18 orang ada 10 orang. ada jugak yang duduk dalam dorm. kenapa wa cakap beruntung ? sebab bilik wa ada kipas besar-yang-macam-selalu-kat-kenduri-kahwin tu. memandangkan cuaca Lumut yang panas ni kipas ni sangatlah berguna. ohh, bilik wa pun ada plug. bilik lain ada yang tiada plug. so, susah nak charge handphone or iron baju. see, bertuah kan bilik wa ? :D
|
UTM 2 bilik paling kanan :) |
memandangkan site survey akan bermula hari Sabtu jadi Jumaat petang hanya dihabiskan dengan meng-explore kawasan chalet dan sekitar kampung.
tiba hari Sabtu bermulalah aktiviti Site Survey. hari pertama banyak persoalan bermain di minda. antaranya ' agaknya teammates aku boleh buat kerja tak ? ' , ' aku tak reti baca theodolite. jangan teammates aku semua tak reti baca jugak sudah ' dan macam macam lagi soalan berputar. tapi persoalan utama bermain di minda semua orang mesti ' harap harap teammates wa tak de semangat bossy terlampau ' ;) ;)
memandangkan wa group 7 so, wa dapat site 7 -.-' . setiap pagi setiap group dihantar ke site masing masing dengan van. sampai sahaja group wa ke site 7 terus disambut dengan salakan ' Selamat Datang ' dari anjing anjing sekitar. terasa diri ini amat bertuah disambut dengan penuh meriah sebegini T.T
|
site wa |
hari pertama hingga hari kelima rutin harian wa tetap sama. pagi bekerja di site petang balik. so, enjoice these pictures guys :)
|
wa bajet bajet comel T.T |
|
levelling |
|
edit data levelling |
|
baby reflector ;) |
|
set up theodolite |
|
detailing |
|
model pole |
|
encik Kaer |
|
THE END |
|
teammates wa *tiada dalam gambar-Fifi |
|
teammates wa lengkap punyaaa |
akhirnya cukup lima hari wa berada di site. hari ke-enam dan seterusnya akan wa sambung di next entry. entry ni pun dikarang lebih kurang seminggu. hahaha
sekian :)
No comments:
Post a Comment