Friday, February 18, 2011

BRIGED !

sambungan semester hols ! ditunda ke minggu depan. ini kerana wa TERPAKSA ke briged camp jumaat sabtu ahad ni. taktau kat mana. jangan cakap wa gila sebab taktau wa nak camp kat mana. cakap UMP gila sebab tak bagitau kat mana -.-"

wa takde mood nak mengarang entry. nak menangis je sampai pukul 6 petang. wa pergi camp pukul 6 petang -.-"

mak ayah, taknak pergi ! :'( :'( :'( :'(

Thursday, February 17, 2011

ho kun che ran :)

survey oh survey !

dahla buat punya la lama

salah pulak

kena re-do balik

nasib ramai datang membantu

xie xie Sam Tat


xie xie Jun Jie


xie xie William


xie xie Lau Zi Thiam


xie xie kepada semua yang terlibat

lastly, xie xie ni to my groupmates-Swan, Pei Shan, Zulfazrin, Shada


oh oh, thanks jugak Hashra  and Azhar. terima kasih kerana sudi menjenguk dan menumpangkan kereta

terima kasih Tuhan di atas cuaca yang diberikan

terima kasih kerana panas

terima kasih kerana hujan

terima kasih kerana panas semula

TERIMA KASIH :)

Semester Hols ! 3

assalamualaikum !

sambung lagi yaww ! wa punya memory pun dah macam nak menghilang sudah. so, kena cepat post entry ni. haha. okehh, hari ketiga hari yang paling mencabar sebab semua aktiviti kitorang harini semua mencabar fizikal. ececeh !

first after breakfast, kitorang pergi kilang jade -.-". tengok macammana buat jade la macammana pakai jade la macammana nak bezakan fake jade dengan the real one la bla bla bla. yang penting wa dengan cousins semua carik heater. papehal pergi mana je mesti nak cari heater. taktahan sejuk woihh !


hah ! tengok ! berpinau biji mata :DD


then, kitorang pergi Snow World ! yebaaa ! main ski ! sampai sampai je semua excited nak mampus nampak snow okey sebenarnya wa kot paling over-excited. haha. biasala wa kan orang kampung Gambang -.-"



eh eh ! bukan wa seorang je kan over-excited ?


wa kat belakangggggg sana !

JANGAN gelak ! serious susah nak ski T.T

nampak tak yang duduk kat belakang tu ? tu bukan err bukan wa :DD

okeh, dua kali turun dua kali wa jatuh. last last wa malas dah. cousin wa dah ajak pulang balik tools. apalagi terus pulang tools. its shooting time bebeh ! hah yang tak tahan masa wa pulangkan balik wa cakap xie xie dengan apek tu. dia cakap balik pu ke xie. haa tu wa faham lagi. sekali tiba tiba member dia datang cakap cina dengan wa. wa dah errr mei yau mei yau ! taktau nak cakap apa wa larikkkkk. haha. macam tahpape. okay, memang tahpape -.-'

bajet style la lu *vomit

sila muntah sekarang :D

main sekejap je sebab yang ber-ski nya orang muda belia sahaja yang tua duduk dalam minum minum. kalau tak boleh main lama lagi -.-'. kesian taknak bagi tunggu lama :(

muka keletihan. haha

cantikkan tempat ni ? jom jom datang !

dah penat penat ber-ski macam pro ahak ! nak muntah aku sebut pro. then lunch di restaurant muslim area sana jugak la sebab after that kitorang akan mendaki the Great Wall of China. hiyahhh ! cuaca dijangka baik untuk mendaki. eceh ! dah macam pilot pulak ;)

sampai Great Wall, awal awal Anuar dah cakap trun balik sebelum jam 4 ya ! kena turun sebelum pukul 4 sebab after 4 pm memang dah start nak gelap dannnn cuaca akan bertambah la sejukkkknya. lagi atas lagi sejuk. serious ! wa sampai 2 station je. memang rasa gayat plus nak tercabut lutut semua. cousin wa naik sampai 4 station. serious dia kata sejuk nak amat. kebas satu badan. nasib baik ada kedai atas tu. memang habis lama la lepak dalam kedai tu. panasss je ! ohh, siapa yang dah mendaki boleh beli sijil kat sini. dalam 40 yuen ke 20 yuen. tak ingat. tapi kalau taknak sijil boleh ukir nama kat plak. 45 yuen each. worth it kot ! sebab bila lagi nak datang sini kan.

nanti nak mangga mangga kat sini jugak boleh ? ;)

muka bajet-tak-mengah

aww !
nak naik satu hal nak turun dah jadi dua hal. dah la gayat. nak pandang bawah seram je rasa :D


sampai bawah jugak akhirnya. fuhh !

meet my tour guide, Anuar :)
habis mendaki serious semua tak larat gila ! tapi cousins wa sempat lagi malam tu ber-subway bagai pergi The Place. dengar cerita macam best tapi sebab serious memang tak larat wa stay kat hotel je.


sekian berakhirnya hari ke-3 wa di Beijing. best sikit kot entry ni sebab ada gambar. haha ! perasan !


p/s : baru habis survey kat site. survey dalam panas hujan panas :'(


Wednesday, February 16, 2011

Semester Hols ! 2

assalamualaikum !

oyeahh ! sambungan entry haritu. esok pagi bangun macam biasa. oh, kat sini bila winter malam jadik lamaaa siang sekejap. orang orang tua sibuk cakap pasal bangun tengok jam lahh baru pukul 4 bangun lagi lahh baru pukul 5. hah ! tapi bagi yang muda remaja lagi belia ni bangun bangun je alamak ! dah pukul 6.30. kena turun lobby pukul 7. apalagi masuk shower mandi. wa tetap mandi. air panas okayy ! haha. sarung long john head -to-toe sarung jeans sarung baju sarung sweater sarung winter jacket. hah ! berpeluh jugak dalam bilik pakai macam tu. sebab dalam bilik heater je kitorang pasang 30 degree. sama macam cuaca Malaysia. mana tak berpeluh. macam sauna dah. sampai je lobby keluar pintu hotel dua lapis haa ! hambik kau. sejuk nak mampus.


sempat lagi tau bergambar dengan guard kacak. auww !


hari pertama dimulakan dengan sesi bergambar eceh ! skema ayat. okay. sesi bergambar depan stadium Olympic a.k.a Stadium Sarang Burung. orang China panggil benda ni keajaiban-yang-tak-mungkin-berlaku. untuk diorang jadik tuan rumah Olympic pun tersangatlah mustahil apatah lagi nak membina stadium yang susah macam ni. bayangkan macam mana nak bengkokkan steel steel tu. tu la semangat orang China. lastly, stadium ni berjaya dibina-menggunakan tenaga orang China sendiri. fuhh ! untuk jadik buruh-buat-stadium pun diornag ada pemilihan. dah lepas interview semua diorang akan dilatih dalam kem beberapa bulan la jugak. bagus kan ?

dalam stadium ni jugak ada tiang. tiang ni selalunya untuk konon konon tugu pemenang la. nama pemenang tu diukir di tiang. tapi jangan terperanjat kalau nampak tiang tu diukir nama nama buruh-buat-stadium. rakyat China dan Beijing secara khasnya skema lagi ! -.-". okay okay. diorang appreciate gila la sumbangan yang buruh buruh ni bagi. bukan senang woo nak buat. hah ! sebelah Bird Nest ni ada Water Cube. kolam renang Olympic. ni pun power wooo.


then, kitorang melawat Sky Pearl Shop. okay tolong la jangan gelak wa pergi kilang kilang bagai ni. ni bukan kehendak wa. tapi ni kehendak goverment China. diorang meWAJIBkan semua tourist melawat tempat tempat yang diorang tetapkan. hah ! ada faham ? okay, dalam kilang mutiara ni baru la aku tau rupanya satu tiram eh tiram ke eh nama benda tu ? err, ye kot. dalam tu tak semestinya ada satu pearl. berbelas tau. bergantung pada berapa umur tiram tu. selain tu, ada jugak Pearl Cream. dengar kata bagus gila untuk kulit. try pakai. perghhh ! bau dia. busuk gilaaa. tak sanggup aku. kulit cantik tapi bau busuk. hahaha.


lepas tu kami meneruskan perjalanan ke Summer Palace. maharaja China ni kan sememangnya kaya. so, kalau masa Summer dia duduk istana ni kalau masa Winter dia duduk istana lain. tapi wa sempat menjejakkan kaki ke Summer Palace je. tak sempat nak meninggalkan tapak kaki di Winter Palace. kalau kat SP sangatlah sejuk nak amat-mampus. sebab apa ? sebab dikeliling tasik. dah la tasik ni memang beku. orang main skate lagi weh atas ni. padan la maharaja bersama permaisuri dan 3000 gundiknya tak menetap di sini masa Winter. sebab memang sejuk. so, wa bayangkan masa Winter dia duduk WP mesti sana panas sikit. keliling hutan kot sebab mesti banyak kayu api. zaman dulu mesti la heater dari kayu api kan ? takkan la dah ada heater serba canggih pulak. haa.


eh baru perasan tak cerita pasal breakfast pun. lupa pulak nak story pasal makan. hahaha ! padahal kau makan paling banyak. ohh breakfast kitorang memang hari hari restaurant sama. tapi tak kisah la janji makan. taktau pulak nama restaurant tu apa. haha. tapi yang wa tau depan tu ada tempat exercise. so, lepas breakfast wa bersama cousins wa yang muda belia semua meng-exercisekan diri di situ. cool weh ! setiap tempat mana mana je kat Beijing memang boleh nampak exercise tools ni. bagus betul ! tak rosak pulak. kurang kot vandalisme kat Beijing ni. oh kalau jalan malam malam pun takkan rasa takut la sebab orang Beijing sangattttt la baik. tak buat benda benda jahat ni. plus, diorang ada CCTV kat setiap jalan. maybe sebab tu takde benda benda macam meragut ke merompak ke. hah ! aku taktau la pulak apa denda dia kalau ada yang buat jugak. aku pun taktau kenapa diorang takut nak buat taktau la pulak kalau denda dia kena buang daerah ke negara ke kan. tapi baguslah diorang baikk kan. hahaha


ohh, lunch kitorang macam biasa la. restaurant muslim jugak la. kalau ditakdirkan korang travel sendiri kan pastu dalam dilema nak makan kat mana halal ke tak senang je. korang cari je kedia yang ada bismillahirrahmanirrahim kat depan tu. even dalam kedai tu korang nampak ada todi ke wain ke korang masuk je memang dijamin halal. janji ada tanda tu la kat depan kedai. okay faham ? hah ! oh, setiapkali makan tak kira la breakfast ke lunch ke dinner ke memang lauk wajib ada-telur dadarrrrr. sebab diorang tau kalau tourist tu from Malaysia ke Indonesia ke mesti nak tetulr dadar. maybe sebab previous group ada yang tak boleh masuk dengan lauk sana kan. tapi wa punya group memang bedal semua. takde memilih. haha ! pinggan licin. dia hantar satu lauk masa tu jugak semua serbu makan terus licin. mesti orang sana terkejut apa lahap sangat orang malaysia ni. lapar wehhh ! tak boleh tahan. haha

after lunch kitorang pergi kilang sutera. bongok kan wa pergi tempat tempat orang orang tua suka -.-". terpaksa weh terpaksa T.T

yang terkejutnya boleh pulak dalam kedai tu ada section baju kurung. beli kain untuk baju kurung la. coordinator dalam tu cakap Melayu. nampak sangatla orang Malaysia selalu nau ke Beijing :DD

then, kitorang pergi kilang tea ! -.-" wu long tea la apa tea la. pening aku. oh, paling excited dengan pee pee boy. kecik je patung tu muka macam Shin-Chan. kalau nak tau air tu panas ke tak korang masukkan pee pee boy dalam air tu then angkat dia. kalau air tu panas dia akan pee ikut benda yang bawah tu. haa ! jangan cakap wa lucah aaa. memang benda tu macam tu :)

lepas dah beli tea untuk kurus la tea cantik muka la kitorang pergi Tiananmen Square. wa ingat sekejap je turun. dah la wa tidur. bangun bangun je orang kejut jom turun ! pasal ingat sekejap wa tak bawak la gloves. dah turun tu okay relax lagi. tak sejuk tak sejuk. 5 minit lepas tu humak aihhh ! sejuk nak amatttt. dengan angin macam nak bekukan muka wa. dahla wa pakai sneakers Converse je. memang kaki dah kebas. bajet bajet nak cool la pakai sneakers je tapi memang tak tahan woo. melainkan kalau korang pakai sneakers kulit. tu boleh la tahan sejuk. jari tangan jangan cakap la. korang pernah tak pegang benda sejuk lamaaaaa lepastu jari korang bengkak kan ? hah ! macam tu la jari wa. 10 10 jari macam tu. bergambar la segala bagai kat sana. nak masuk sana kena check dulu. sebab dulu pernah ada orang bawak apa entah. maybe B thingy tu kot. bila korang kat overseas janganla berani berani sebut B things tu. mampus korang kena soalsiasat bukak baju. haha *tapi wa takde la pengalaman tu

ohh, kat sana ada screen besarrrrrrrrr gila. paling besar di China kalau tak silap. kat sana banyak jugak askar askar police police berkawal. takut apa benda jadi kot. cousins makcik wa semua teruja nak tangkap gambar dengan askar tengah berkawad. haha. mesti diorang fikir jakun gila orang Malaysia tak pernah tengok orang berkawad -.-"

malam tu wa pergi Acrobatic Show, power gila wehhh ! ternganga je tengok. wa taknak cerita lebih lebih. nanti korang pergi tengok sendiri eh. haha ! tapi wa sempat la rasa hot choc dia. sodap gilooooo wa cakap lu ! maybe sebab sejuk semua benda jadi sedap. hey hey ! tak jugak. popcorn dia tak sedap langsung. tawar jee. tawar tawar pun habis jugak :D

habis show apalagi makannnn lagi. habis makan balik hotel tidur. zzzz

p/s : tu je satu gambar sempat upload. yang lain semua lembap sakit hati. macam biasala tengok kat sini ya ! ;)


doakan la next entry internet tak lembap so boleh upload gambar lain dari FB wa :)


sekian, terima kasih dan nantikan next entry :DDDD

Monday, February 14, 2011

Semester Hols !

assalamualaikum !

dah lamakan wa tak post entry baru ? haha. haritu memang wa nak post. dah elok dah tapi segala benda. sekali internet sangatla lembap nak amattttt. wa sakit hati. terus off laptop :DDD *nasib tak baling je


cuti sem haritu memang cuti wa yang paling gempak la. bukan nak bongkak la. tapi memang wa dah takde apa nak dikesali. impian dan angan angan wa masa kecikkkkkk dulu dah tercapai. guess what ? wa dah berjaya bermain salji ! yehaaa ! bukan salji di Snow World Genting tu ya. yang tu memang obvious la dia kisar je ais. kalau tambah sirap jagung susu cair bagai memang free free dapat ABC free. haa

okeh okeh, haritu wa bersama family makcik pakcik sepupu poyang berangkat ke Beijing,China. dah siap dengan baju tebal bulu bulu dalam beg ni. flight KL-Tianjin sangat memboringkan. bayangkan 6 jam lebih dalam flight. apa la sangat benda boleh buat. kematu b***t*t duduk kat seat. tidur makan tidur. haha. tetiba tengah layan ke-jiwang-an, wa pun tergerak hati nak bukak tingkap. pastu wahhh ! wa dah nampak China. yebaa ! sekali wa cakap dengan cousin wa.

wa : weh apesal nampak panas je. macam baru lepas banjir je. penat je bawak baju tebal tebal bulu bulu bagai -.-"

cousin : haah laa :'(

tetiba

*suara pilot berkumandang*

kita dijangka tiba di Lapangan Terbang Tianjin beberapa minit lagi. suhu dijangka 0  degree celcius


wa dan cousin : *masing masing ternganga

cousin : nasibbbb kita bawak baju tebal. hahahaha

tak lama kemudian,


*situasi = Tianjin's International Airport*

wa pun selamba badak je la dengan jeans tak pakai long john pakai kemeja nipis yang selalu wa pakai. tetiba ada seorang Chinese ni cakap ' u must feel very cold after this '. wa pun senyum je laa. pastu dah sampai dalam airport mak wa suruh tukar winter jacket. then kitorang sembahyang jamak di airport. first time dalam hidup wa, wa sembahyang kat ceruk airport tepi KFC :DD

nak ambik wudhuk jangan cakap la. toilet bukan ada air panas. menggigil satu badan. habis solat, wa sama cousins semua dah berlari keluar airport. semua jakun. sejuk weh sejuk ! mulut keluar asap. semua mulut taknak tutup. semua nak sembur asap je :D


orang orang tua masih di dalam mendengar taklimat our tour guide. muslim wehh. nama dia Anuar. good looking la jugak. yang penting duda. aww ! ;)

kemudian, semua naik bas. kitorang berangkat ke Beijing. lebih kurang 2 jam jugak la. tapi kalau naik bullet train 29 minit je. otw tu memang cantik wohh pemandangan dia. first time wa nampak pokok pokok takde daun. ranting semata mata. yang peliknya bahagian bawah pokok tu semua ada cat putih. rupanya cat tu untuk avoid serangga serangga kayu merosakkan pokok masa winter. hah ! pokok pun pakai baju tau. haha

sampai je di Beijing, kitorang pergi local market. shopping winter. boleh beli baju bulu bulu ke snowcap ke gloves ke. yang penting kena tawar. open price memang tinggi la. contoh satu winter jacket 400++ yuen bersamaan RM 200. tapi kalau pandai tawar kita boleh dapat 100 yuen je bersamaan RM 50. jauh sangat kan beza ? haa ! kat sini jugak la wa beli topi panda. murah je. 20 yuen :)

habis shopping apalagi. perut dah bergendang. last makan dalam flight beberapa jam yang lalu. Restoran Salmah nama diberi. Halallll ! ohh, sepanjang holidays ni memang makan semua di restoran muslim. so, no worries la kalau takut tak halal ke apa. makan memang banyak la. bukan sekali dua tambah. berkali kali. maybe sebab winter so badan perlukan banyak tenaga. hahaha. alasan ! memang kuat makan sebenarnya.


diorang punya style pulak nasi sikit lauk bukan main banyak. hantar satu satu. memang perghh ! laa. puas makan. habis makan check-in our hotel. Landmark Hotel ! 4-stars. sebelah Hard Rock Cafe wooo ! dalam hotel je ada pintu belakang masuk Hard Rock. so, kalau dari hotel nak pergi HRC tak payah susah susah pakai baju tebal. pakai singlet je pun takpe. tapi jangan keluar la. sebab gerenti beku la kalau keluar pakai singlet je. mana taknya. suhu kalau malam dah -11. bayangkan betapa sejuknya !

malam tu yang muda mudi tak reti penat terus serbu HRC. bergambar segala bagai. ingat nak pergi shopping complex berdekatan sekali dah nak tutup. kebanyakan kedai tutup pukul 10 malam. kalau last tren Subway pun pukul 10.30 malam. so, terpaksa batalkan niat. kitoarang pergi shopping kat Convenience Store 24 hours je. hahaha. balik hotel tidur !


okay. entry berakhir di sini. akan disambung lagi nanti.

*p/s : takboleh nak upload gambar laa. lambattttt sangat. tengok kat sini je la eh Winter in Bei Jing