sekarang tinggal lagi satu final paper Khamis ni. wa dah rasa mati kutu nak tunggu. cepatlah habis. Kuala Lumpur dah tak sabar menanti kepulangan wa :)
beberapa minggu lepas cousin wa sudah mula bertanya nak pilih Asasi ke matrikulasi ke diploma ke. biasalah lepasan SPM. macam wa zaman zaman lepasan SPM dulu. blur tak tahu nak ambik apa. actually wa pun bukanlah power sangat nak bagi bagi nasihat ambil apa masuk mana. tapi setakat nak cerita pengalaman zaman tuk kaduk dulu tu boleh lah sikit sikit even memory wa ni pun bukan bagus sangat. short term memory lah katakan -.-"
awal awal masa form 5 mesti cikgu cikgu dah busy bagi borang tu suruh bayar duit ni la beli pin no IPTA la pin no matrikulasi la. tanpa banyak soal wa pun antara golongan yang berkobar kobar nak bayar semua semua ni even kewangan sengkek. demi menjejakkan kaki ke menara gading eceh ! berkobar kobar semangat. dapat sahaja pin no laju isi form sana isi form sini. semua online form nak isi. bapak tamaknya. tapi itulah yang perlu kita semua lakukan ya adik adik. ini namanya usaha walaupun masa tu SPM tak ambil lagi
alih alih masa result SPM keluar, DUSH ! result bapak teruknya. 4A je siap ada D lagi. macam macam ada. lepas tu mula lah terfikir nak masuk mana ni ? boleh ke masuk matrik ? ke nak sambung diploma ? masa result matrik keluar wa baru je lepas test JPJ with flying colours dengan mimie and bilah. eceh ! demi meraikan lulus test JPJ and matrik :)
semangat gila kitorang bertiga beli motivational magnet ni. okey berbalik kepada matrikulasi tadi. wa dapat tiga offer. satu diploma UITM Melaka, Sains Hayat Matrikulasi Pulau Pinang and lagi satu under KPJ. akhirnya wa decide nak sambung matrikulasi. dah masuk tu wa mula terfikir nak tukar Sains Fizikal. sebab apa ? sebab ramai lelaki. okay tak lahh. sebab masa orientasi tu ada seorang lecturer cakap kalau Sains Fizikal lagi bagus dari Sains Hayat. erk ! macam diskriminasi lah pulak kan. tapi wa yang berfikiran sememangnya suci murni lagi tulus termakan kata kata itu lalu wa bertukar ke Sains Fizikal.
awal Sem 1 memang wa rasa teruk. Physics wa fail sebab wa memang tak ditakdirkan sehidup semati dengan subject tu. pracmate wa pulak semua hebat hebat belaka. tetapi dengan azam dan semangat kukuh wa mula berjinak jinak dengan Physics. finally CGPA wa untuk subject ni agak membanggakan.
jadi adik adik sambung lah belajar mana mana pun tapi kalau tak usaha tak study tak guna jugak kan. pendek kata belajar tu memang satu kewajipan dalan hidup. cakap besar do ! haha
masa dapat result matrikulasi wa dah cemas. result wa tak sampai 3 pun. boleh ke masuk universiti sambung degree. dahla UPU wa isi course gempak gempak. semua nak archi. adalah satu dua civil engineering. itu pun U cikai punya. semangat pergi interview sana sini alih alih dapat Universiti Malaysia Pahang course Civil Engineering. ada lah hikmah kenapa Allah tak bagi wa archi kot. mula mula masuk memang takboleh terima kena campak kat hulu mana taktau. rasa nak sakit hati dengan semua orang. lama lama wa mula boleh terima keadaan yang menimpa wa. haha
kesimpulannya, untuk lepasan SPM ni tak payah fikir banyak. janji sambung je study. cuma kalau nak degree lambat masuk la diploma dulu. kalau nak cepat sambung Asasi atau matrikulasi. tapi azam kena kuat. setakat masuk matrikulasi lepas tu taknak belajar dah tak guna jugak. matrikulasi bukan ada sijil pun. pendek kata, tuntutlah ilmu hingga ke negara China. ambil Mandarin course kat Beijing macam member wa. best woihh ! hahaha
sekian, terima kasih :)
The magnet! wa kagum dengan post ni woo ;DD
ReplyDeletesimpan lagi tak amie ? apa yang kagum nya ? orang lain punya post lagi hebat
ReplyDeletemestila simpan wehhh precious! ;D Sebab saya budak lepasan SPM kak, post ni byk membantu :DDDD
ReplyDeletelike like. haha
ReplyDelete