assalamualaikum
lama gila gua tak update blog kan ? laptop gua terpaksa dimasukkan ke rumah sakit atas sebab tertentu. pfft ! akibatnya gua hampir separuh mati hidup tanpa laptop sepanjang ke-berada-an gua di Gambang -.-
tapi apa pun, yes, gua dah kembali ! dan dan dan gua minta maaf kepada member gua-Mimie, Diana,Darina, Bilah kerana dah berbulan baru nak update pasal Seoul Garden. hehe
sebenarnya, dah berzaman jugak teringin gila nak makan Seoul Garden. tapi disebabkan kekurangan cuti, kekurangan ahli tetap dan ke-addict-an karok, aktiviti SG selalu tertangguh. akhirnya pada 8/11/11, ahli ahli tetap selamat menjejakkan kaki di Seoul Garden, IOI Mall :)
perjalanan yang sepatutnya mengambil masa lebih kurang setengah jam dari UPM boleh jadi ber-jam jam disebabkan ketiadaan GPS dan pemberi arah yang tersalah arah. hahaha.
tapi apa pun lebih kurang jam 12 kami sampai di IOI Mall. so, enjoice !
|
Mimie yang kelaparan |
|
Darina tuan empunya kereta |
|
Diana si penunjuk arah |
|
si gemuk yang excited nak makan |
|
Bilah & Diana |
|
Korea much ? haha |
|
Mimie & daging style Korea kononnya |
|
motif ? |
|
Bilah explore daging ? |
|
pun tiada motif |
|
ini namanya muka kenyang tapi nak makan jugak. I <3 you Dar |
|
mata kuyu terlebih makan |
|
yummeh ! |
|
:) |
|
daging blind spot |
|
sejak bila perempuan gemuk ni pandai self cam kononnya |
|
3 jam makan non-stop |
|
DIY ice cream lagii |
|
-.- |
|
muka bahagia hajat tertunai |
|
toilet di sana ! |
overall, RM22 per person with student card. student student semua, nak datang Seoul Garden jangan lupa bawak student card. lainlahh kalau korang nak bayar lebih silakan jangan bawak. sangat berbaloi dengan RM22 anda dapat makan seberapa banyak anda mahu dari jam 11.30am-3.59pm. berbaloi kan ? jimat duit untuk sehari keesokan harinya sebab dah muak tengok seafood.
bagi muslim, jangan risau. makanan dijamin halal. gua tak sempat nak snap gambar buffet. selain seafood & meat, SG ada beraneka salad, free flow of drinks, DIY ABC yang boleh letak susu, gula, nata de coco etc. banyak banyak suka hati, DIY ice cream, all kind of sauces-Korea Sauce pun adaaa and oh, ada nasi jugak untuk perut perut Melayu yang tak boleh tak makan nasi. kan berbaloi kan ?
selain di IOI Mall, SG ada banyak lagi cawangan. ceh ! dah macam promoter Seoul Garden pulak. sesiapa teringin tu kan, nah !
Seoul Garden. kalau pergi tu jangan lupa lahh ajak promoter di sini ;)
sekian, terima kasih
p/s : maaf lambat update :)