Monday, August 22, 2011

Azam Baru :)

assalamualaikum

memandangkan sejak beberapa hari yang lepas member member UMP wa semua dah kecoh kecoh pasal Open Registration. semua dah sibuk sibuk nak pakat sama class. wa cool je beb ! asal dapat register cukup. boooo ! hahaha

oh semester baru nak dekat. seminggu lepas raya maka bermulalah semula kehidupan universiti wa. maka dengan itulah wa mula pasang azam untuk semester baru di mana wa dinaikkan pangkat sebagai pelajar tahun dua. haha

antara azam azam baru wa :

 1. spent two hours (at least) per day to study/revise TalkToMeInKorean. *almaklumlah nafsu nak bercakap Korea tu membuak buak. Am a Korean freak, remember ? ;)

2.  skipping for 30 minutes per day. *orang bawah bilik wa, wa mintak maaf awal awal tau. peace !

3. dinner before 8 PM. *dilarang sama sekali makan apa apa selepas 8 PM

4. every weekends, exercise for at least one hour. bahahaha !

5. my new motto : BREAKFAST LIKE A QUEEN, LUNCH LIKE A COMMONER, DINNER LIKE A BEGGAR.

sekian azam wa. harap harap menjadi lahh. almaklum la sejak duduk rumah makin mengembang badan wa. haihhh -.-"


diharap kalian semua dapat menyokong dan usahlah memperlekehkan azam wa ni. hahahahahahaha ! siapa taknak kurus bai. tak kahwin wa kang. zaman sekarang manalah lelaki nak awek gemuk hitam tak lawa tak pandai berfesyen buncit macam wa ni *lap air mata. yeah ! ayat bajet sedih. booo !

ogah oh ogah (okay), wa minta diri sebelum wa mula mengeluarkan ayat yang makin membuatkan kalian muntah di bulan Ramadhan yang mulia ini. sekian, bye ! 언넹 :)




 






Friday, August 12, 2011

*lap habuk*

assalamualaikum

yo guys ! wa di sini semula. zaman bila latest entry tu. sumpah dah berkulat. oh bukan tak mahu update tapi tak tahu kenapa tak boleh buka email so tak boleh la nak update. okay, banyak alasan

pada bulan puasa yang mulia lagi diberkati ini sempat lagi kot wa nak wish anda anda sekalian SELAMAT BERPUASA ! banyakkan lah amalan, zikir dan oh jangan lupa terawikh :)

alang alang dah cakap tentang puasa puasa, wa rasa tahun 2011 bulan puasa yang paling bahagia pernah wa rasakan semenjak wa melangkah ke alam sekolah menengah. start form 1 sampai ke first year university boleh kira dengan jari je banyak mana wa berbuka bersahur di rumah. akhirnya insyaAllah tahun ni genap sebulan wa puasa di rumah :)

setakat 12 hari (ketika entry ini ditaip) hari pertama yang wa paling aktif sekali. boleh skipping skipping bagai. masuk hari kedua dan seterusnya dan seterusnya wa tak ubah seperti zombie. jangan tiru wa. kalau boleh dalam rumah wa yang lima kangkang kera tu pun wa nak merangkak je. tapi kang apa pulak kata jiran. dicop kurang siuman nanti susah pulak nak mengorat dingorat anak jiran kan ;) ;)

berkaitan entry entry lama yang tergendala la konon ada sambungan la abaikan je la. wa pun dah lupa. maaf maaf maaf

lain masa taip lagi. terima kasih :)

p/s : wa dah tukar templates :D