Wednesday, June 1, 2011

Survey Camp part 2

assalamualaikum


habis lima hari di site kini tiba masa yang ditunggu tunggu. hari di mana Cina cina bertungkus lumus menyiapkan AutoCAD, Melayu melayu sibuk berkaraoke -.-' 

maaf, bukan taknak buat tapi diorang buat lebih laju dan lebih tepat. kang kalau wa buat nanti ada pulak asyik tak puas hati je kan ? haha. jadi wa menghabiskan masa dengan lepak di Jetty. pagi Jetty tengahari Jetty petang Jetty malam Jetty. tak tahu kenapa wa suka sangat menghabiskan masa di Jetty. layan jiwang mungkin ? pfft

Jetty

hari ke-enam di mulakan dengan jogging (?). mula mula dengar kena jogging dari chalet sampai site 11. dari chalet nak ke site 1 pun wa dah fikir panjang. lagikan nak ke site 11. nak ke site 1 pun van terlebih sempat masuk gear 5. boleh bayang tak jauh tara mana -.-"  rupa nya khabar angin tetap khabar angin. jogging ke Jetty Kg. Baharu je pun. bukan Jetty Amir Chalet. takat Jetty Amir Chalet tak sempat nak ber-jogging dah sampai.

mula nak jogging hendaklah warm-up dulu

Mr Cowboy-leader warm-up

aktiviti jogging diteruskan walaupun banyak yang berjalan ambil angin dari jogging. tapi wa dengan semangat berkobar meninggalkan mereka mereka di belakang.

atlet atlet jogging -.-"

jogging pakai selipar

sampai di Jetty Kg. Baharu tak sah kalau tak berhenti ber-photoshoot dulu.

pagi di Jetty Kg. Baharu

Jetty








gaduh gaduh manja Janet and cik Badwi


pergi jog balik cycling

balik chalet lain pulak cerita. pergi Jetty wa orang pertama sampai balik jog wa orang last sampai chalet. sebab apa ? sebab








sampai chalet semua main Volleyball. wa yang tak reti main dah start rasa boring. tiba tiba member wa ajak main tingting. tak semena wa nampak penyapu pencakar kat tepi pokok tepi dewan. kira halal je lah eh pakcik Amir. wa pinjam nak lukis tingting.




sempat jugak main dua tingting sebelum semua penat. habis ber-tingting, tiba giliran galah panjang dan baling selipar. dah rasa macam perkampungan permainan tradisional pun ada. habis semua tak main Volleyball. semua pakat main galah panjang, baling selipar


galah panjang

baling selipar


nak main benda ni pun punyalah susah. semua confuse jugak awal awal macammana nak main benda ni. peraturan dia semua. ini pun lecturer yang terangkan macammana nak main. noob !

after lunch dah taktahu nak buat apa. tapi diorang ah taktahu. wa tahu je. dengan penuh semangat wa tarik member wa ke Jetty. hoyeahh ! Jetty lagi.

sambungan nanti wa sambung part 3 okeh :)